Monday, June 28, 2010

bAcK to ScHOOl!!


yeayyy!! back to school!
oopppsss.....campus actually...

starting sem 2 ngan hati yang bersinar(coz junior pun daftar..kuikuikui)

azam yang tinggi(menunggu elaun masuk...)

jiwa yang kental(menunggu assaignment yang kompem melambak...)

perut yang lapar(rindu pada mami dan nasi kandar..)

sorakan Piala Dunia(ramai yg satu team....kami penyokong Germany..)


papehalpun,diharapkan agar sem ni lebih baik dari sem lepas....insya-ALLAH...

*saya kene jadi setiausaha....sgt malas...*

Sunday, June 27, 2010

saya suda 20 tahun??

hoohhh.......saya sudah berumur 20 tahon??

yaa.....tepat 26 jun 2010.....

owh..sungguh cepat masa berlalu..

tapi,saya mencipta sejarah pabila menyambut bufday di dalam bas express...
'style' kan??

xlama lagi,saya bakal bergelar orang tue.....

3-4 tahun lagi,saya bakal mengajar.....homaigod..homaigod......

Saturday, June 19, 2010

5 perkara yang membuatkan saya obses....

anak-anak sekalian,hari ni topik kita ialah ''5 perkara yang membuatkan saya obses'...hahhh,pe yek? pe bende yg membuatkan anda obses atau minat giler dan mungkin leh bergaduh disebabkan keobsesan anda...ad org yg obses pasal fesyen,artis ,keta,bola sepak dan macam2 lagi. ...saya ada 5 perkara yg membuatkan saya obses:

1. kamen rider @ masked rider
hahhh..jgn gelak yer..saya kipasusahmati kamen rider.dari tadika sampai la ke tua ni,minat giler kt kamen rider.pernah menyimpan angan2 hendak menjadi superhero ni,tapi xleh sbb Malaysia xde raksasa....

2. maen game
saya sgt suka maen game.kalo tension men game,xtension pun maen game.sok nak anta esenmen,maseh aktif bermain game.sangat seronok melihat rumate sy(muhd fazreyl) bertungkus lumus siapkan esenmen sambil maen game.sory rumate

3. military history
i love military history.....sy peminat fanatik History Channel...masa segmen WWII paling best..sangat suka melihat org berperang,tapi hati baik..

4.makanan berasaskan ayam
saya sgt suka mkn ayam.sgt suka.nasi ayam,ayam goreng,kari ayam dan suma mknan yg ad ayam sy suke.....

5.tido
ni hobi baru.sy sgt suke tido.pantang kalo dikaco ketika ngah membuta.sy tido masa tension,masa study,baring atas katil,bersembang...masa makan dn mandi x tido....driving pun kekadang terlentok gak....tido xleh dipakse.ia nikmat.so,enjoy


hahhhh..2 lah obses sy...anda bagaimana?

Friday, May 7, 2010

ALHAMDULILLAH......ad gak masa nak update blog..

fuhh....da nak sebulan since the previous post...xupdate dek kerana asainmen yg melambak..oleh kerana tidak ad masa untuk update, maka berhabuklah....perghh....xtau nak ckp pe. pandai wat blog,xpandai nak update....alhamdullillah...dpt gak masa nak update.....lepas ni akan ad peng-update-an yg berterusan...insyaalah...

Wednesday, April 14, 2010

kalau lelaki handsome....

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...


kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!


kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...


kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!


kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...


kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...


kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...


kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...


kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....


kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?



Kadang-kadang lelaki kureng hamsem ni diperlakukan tidak adil oleh kaum
wanita. minta maaflah kaum wanita semua kalo anda terasa aku akui gak sbb
benda ini terjadi gak pd kaum wanita yg kureng cantik... cuba fikirkan lah
sejenak kaum lelaki dan kaum wanita semua

Friday, April 9, 2010

WHY DO U LIKE ME..?WHY DO U LOVE ME..?

WHY DO U LIKE ME..?WHY DO U LOVE ME..??

Lady: Why do you like me..? Why do you love me?
Man : I can't tell the reason.. but I really like you..
Lady: You can't even tell me the reason... how can you say you like me? How can you say you love me?
Man : I really don't know the reason, but I can prove that I love you.
Lady: Proof? No! I want you to tell me the reason. My friend's boyfriend can tell her why he loves her but not you!
Man: Ok ok!!! Erm... because you are beautiful, because your voice is sweet, because you are caring, because you are loving, because you are
thoughtful, because of your smile, because of your every movements..

Unfortunately, a few days later, the Lady met with an accident and became a vegetable. The Guy then placed a letter by her side, and here is the content:

Dearest,

Because of your sweet voice that I love you... Now can you talk? No! Therefore I cannot love you. Because of your care and concern that I like you.. Now that you cannot show them, therefore I cannot love you. Because of your smile, because of your every movements that I love you.. Now can you smile? Now can you move? No, therefore I cannot love you...

If love needs a reason, like now, there is no reason for me to love you anymore. Do love need a reason? No! Therefore, I still love you... And love doesn't need a reason. I love u

I wonder if this ever happen to you but before it do, grab your chance to say i love you to her/him.

Saturday, April 3, 2010

surat untuk ayah..

Kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah....
mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya...yg berumur 18thn

Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi, dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk ayah diatas meja bacaan.. perlahan dia mula membuka surat itu...
--------------------------------------------------------
Ayahku yg tercinta,

Aku menulis surat ini dengan perasaan sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah.
Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia..ayah mesti setuju
walaupun penuh dgn tatto2 ganas ditubuhnya,

Dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun
tidaklah terlalu tua).

Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kita akan
membesarkannya bersama.

Dia punya bisnes perdagangan extacy yang
sangat luas, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami. Aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh.

Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan cara yang berbeza.

Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 18 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku. Salam sayang untuk ayahku dan ibuku yg trcinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya......
----------------------------

keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu........lalu perlahan2 membuka muka surat kedua surat itu...dgn keadaan terketar2 si ayah membaca.......

PS: Ayah, .. tidak ada satupun dari yang aku tulis diatas itu benar, aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan daripada nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani reportku diatas meja, panggil aku ya...Aku berada dirumah jiran sebelah jer....

Friday, April 2, 2010

TULANG RUSUK KU...

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahqwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan sendiri…

Thursday, April 1, 2010

a question to ponder....

arrggghhhhh!......jeritan hati meruntun diri..asaignment bnyak,ISL,program Battle of the Band...ase xckup masa nak wat semua 2...but Alhamdulillah maseh ad kesempatan tok update blog yg baru dibuat..anyway,masa tgh2 layan Facebook,one of my listed friend post out sumthing yg agak menarik tok dipikir....

'nape kita selalu dapat apa yg kita tak nak tapi yang kita nak kita xdpt??'

hurmm......actually.mende ni da lama aku fkirkan.masa time skool dulu,perkara yg aku xsuka selalu terjadi.bende yg aku nak xterjadi plak.dulu masa time skool kat taiping,perak,i thought that sekolah kt bandar lagi best dr sekolah kt kampung.aku xsuke sek kt kampung sbb kat kampung xd kemudahan yg elok+jauh dari bandar+suasana yg agak boring+student yg xcompetent....nak ditakdirkan,masa pindah ke Melaka,aku bersekolah di kampung! OMG! memula 2 mmg ase xbese sek kt kampung.but setelah 2-3 bln sek kt kg,i realised yg sebenarnya kg pon ad kelebihannyer.kt kg org2 dyer mmg amik berat+suasana yg nyaman+persekitaran yg kondusif sesuai tok belajar...
the second thing is,masa lpas PMR,aku nak apply MRSM n Sek Sains tok form 4 nt.mmg minat nak masuk.sek teknik pon mintak coz minat engineering.kat tempat aku,ad satu teknik yg 'sangat cemerlang' dengan masalah disiplin..popular satu daerah.ramai yg kutuk sek 2 sbb disiplin yg sangat teruk...sy pon xterlepas dari memandang rendah sek 2....tapi...Allahuakbar...akhirnya saya jadi salah seorang pelajar dan warga sek 2....mcmana leh jadi ni?? bende yg ku xsuka akhir sekali aku dapat...n bila masuk sek 2,Alhamdulillah xd pon masalah disiplin yg terok2 malah di sek ni lah aku banyak belajar jd manusia yg tau berfikir,jd pemimpin,belajar ilmu2 Allah dan jumpa ngn sahabat2 yg tiada galang gantinya....Alhamdulillah...
the most thing yg xkn lupa ialah macamna aku leh masuk IPG...dulu masa apply lpas spm,maktab@IPG is the last in my list.mmg xminat masuk mktb dulu.but akhirnya aku masuk gak n bakal jadi guru..Insyaallah...
dalam Al-Quran ad menyatakan bahawa sesungguhnya manusia itu tidak tahu apa yg terbaik bagi dirinya melainkan ALLAH yang Maha Mengetahui.manusia selalu mendapat apa yang tidak disukai dan tidak dapat apa yang dihajati...mengapa begitu? sesungguhnya manusia itu lemah dan tidak tahu apa yang terbaik bagi dirinya.ALLAH lebih mengetahui dan DIA amat menyayangi hambaNYA maka sebab itulah DIA mengatur hidup yang baik untuk kita....SUBHANALLAH....

'bersangka baiklah pada ALLAH kerana sesungguhnya DIA Maha Pemalu.ALLAH malu untuk tidak memperkenankan doa dan permohonan hambaNYA. letakkan harapan kepadaNYA kerana DIA tidak akan mengecewakanmu...'


*kepada warga dan insan di SMK Nyalas,SMT Jasin,dan IPG KPP,terima kasih kerana hadir dalam hidupku.aku belajar menjadi manusia yang lebih baik dan menjadi hamba yang sentiasa meletakkan diri pada Tuhan untuk memberi apa yang terbaik pada diri....


Tuesday, March 30, 2010

assalamualaikum...

haaaahhhhh......nampaknyer terpakse wat blog baru dek kerana kesengalan yg berlaku pada blog lama.but konsep maseh sama....insya-ALLAH akan diupdate setiap hari...